Ok, saya tidak tipu anda. Ini memang tutorial betul. Jika anda pernah menjadifan sebuah page di Facebook yang kononnya boleh memberitahu anda siapa yang remove anda sebagai friend mereka, anda pasti kecewa kerana page itu sebenarnya bohong. Page itu adalah page iklan semata-mata. Mari tengok tutorial di bawah.
Untuk memasang script Unfriend ini, anda perlu menggunakan pelayar ( browser ) yang dapat membaca script seperti Grease Monkey {https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748}. Apa yang perlu anda buat ialah
i. pasang add-on Firefox yang membolehkan script diterjemahkan iaituGreasemonkey. Restart Firefox.
ii. Pastikan gambar kepala monyet di kanan bawah Firefox anda berwarna. Lihat gambar di bawah.
Jika anda klik ikon kepala monyet tu, ia akan menjadi warna kelabu menandakan yang ianya tidak aktif. Inilah caranya jika anda tidak mahu menggunakan add-on ini buat sementara waktu. Jadi, tak perlu un-install.
iii. Pergi ke Usercript.org atau terus klik di sini {http://userscripts.org/scripts/show/58852}. INGAT!! Pastikan kepala monyet itu berwarna, baru klik pada butang Install.
Selepas anda restart Firefox, refresh Facebook, skrip tersebut akan berfungsi, tetapi di komputer anda sahajalah. Kalau guna komputer lain ia tak ada pun jika anda tak pasang skrip ni.
Saya dah cuba dan dah minta seorang kawan saya untuk buang saya dari friendlist dan memang skrip ini berfungsi. Jika seseorang tu buang anda dari friendlist-nya, ia akan tertulis "si polan-is no longer in your friendlist". Tetapi skrip ini juga akan memaparkan mereka deactivate account Facebook mereka. Jadi, jangan cepat salah sangka ye.
Oklah diharap anda suka dengan perkongsian saya ini. Kita bertemu di lain hari. Salam.
Sumber:
http://blogzahida.com/
No comments:
Post a Comment